Pendekatan Sumber Manusia dan Pendekatan Hubungan Manusia. (Human Resource Approach and Human Relations Approach)
Banding da n bincangkan DUA (2) pendekatan utama dalam komunikasi organisasi; Pendekatan Sumber Manusia dan Pendekatan Hubungan Manusia. Pendekatan sumber manusia merujuk kepada cara dan pendekatan yang digunakan oleh organisasi untuk mengurus dan mengawal aktiviti yang berkaitan dengan sumber manusia dalam organisasi agar selari dan mencapai matlamat organisasi (Faridahwati Mohd Shamsudin et al, 2006). Pendekatan sumber manusia pada asasnya menggabungkan kedua-dua pendekatan, klasik dan manusia, yang menyatakan bahawa individu mempunyai keperluan dan perasaan yang perlu dipertimbangkan dan mereka tidak boleh dilupakan dalam mencapai matlamat sesebuah organisasi. Merujuk kepada Elton Mayo (1880-1949) melalui kajiannya iaitu pendekatan Hawthorne, pendekatan hubungan manusia pula merupakan istilah umum yang sering dipakai untuk menggambarkan cara interaksi pengurus dengan orang bawahannya secara manusiawi. Pendekatan hubungan manusia memberi tumpuan terhadap aspek sosial d...