Jenis komunikasi dan kepentingannya dalam kehidupan pelajar. Komunikasi interpersonal Komunikasi interpersonal ialah komunikasi yang melibatkan dua individu. Wood (2002) mendefinisikan komunikasi interpersonal sebagai satu proses interaksi yang dipilih, sistematik, unik, dan berterusan di antara individu yang menggambarkan dan membina pengetahuan peribadi tentang individu lain serta membina satu maksud yang bersama. Manusia mempunyai pilihan untuk memilih individu-individu tertentu untuk berkomunikasi. Buber (1970) berpendapat bahawa dalam membentuk jalinan hubungan yang akrab seseorang itu akan mengambil masa yang lama, tenaga dan keberanian dalam menawarkan keakraban seseorang. Komunikasi interpersonal adalah suatu proses yang sistematik. Kebanyakan komunikasi interpersonal yang berlaku akan mempengaruhi keputusan dan maksud yang diberikan terhadap komunikasi itu. Komunikasi interpersonal mewujudkan jalinan hubungan yang rapat dengan individu tertentu yang akan melangkaui p...
A new story of my life