Skip to main content

A Fate and It Was't Meant to Be.

Hai.

Just my random thought after reading a webtoon. Hanya dengan perkataan 'iced chocolate' dalam cerita tu, aku terus ingat satu moment. Sekarang, moment tu hanya tinggal kenangan. Kenangan lama yang tak tahu lah aku nak label sebagai kenangan pahit atau kenangan manis. Orang yang dahulunya aku panggil sebagai 'crush'.

So, this is the story. Disebabkan aku baca webtoon tu, dalam cerita tu, si heroin pergi blind date dengan random guy. Diorang ada nak beli minuman so yang heroin tu order iced chocolate. Tetiba aku terus teringat yang masa first time aku keluar dengan crush aku tu, aku order iced chocolate. Haih. 

Masa semester tiga pengajian, tu adalah pertama kali aku kenal crush aku tu. Kalau ikut umur, dia sama umur dengan aku. Cumanya dia enroll lagi awal dari awal dari aku. So dia senior. Kebetulan kami sama kelas untuk satu subjek tu. And lupa nak bagitahu awal-awal, dia sama course dengan aku. Masa tu lecturer suruh bentuk kumpulan. Lecturer nak kami bercampur lelaki perempuan kalau tak silap. Aku masa tu berdua dengan kawan aku, cari ahli group. Ada satu baris lelaki belakang kami. Semua senior and crush aku tu salah sorang dari ramai-ramai tu. Masa tu aku belum kenal dia lagi jadi dia bukan crush aku lagi. Then, ditakdirkan, aku, kawan aku, dia dan kawan dengan plus sorang chinese girl bentuk satu group. Mula mula tu sumpah tak selesa. Aku tak ada kawan lelaki dekat universiti and tu first time aku bercampur lelaki perempuan dalam satu group kecil. Just lima orang. Semester sebelum ni bukan tak pernah satu group dengan lelaki. Ada je. Cumanya group-group sebelum ni lebih dari lima, and lelaki sikit je dalam group. Contoh kalau satu group ada 8 orang, lelaki cuma sorang atau dua, yang lain semua perempuan.

Nak dijadikan cerita, aku banyak memulakan perbualan dalam group Whatsapp bila ada nak bincang pasal assignment macam tu. And aku banyak personal Whatsapp dia sebab aku rasa antara dia dengan kawan dia tu, dia lagi membantu. Kawan dia tu macam, hm... Kureng sikit. Haha.

Jujur awal-awal kenal tu aku tak ada pun terus jatuh hati ke apa. Yang tetiba jadi crush tu bila dah nak habis sem dah. Personal chat antara aku dengan dia pun just assignment related. Tak ada lebih. Kalau nak difikirkan balik, tak ada apa yang menarik antara aku dengan dia. Aku tak tahu macam mana aku ada keberanian untuk mulakan perbualan dengan lelaki. Aku ni jenis introvert dan memulakan perbualan adalah perkara paling besar yang susah untuk aku buat melainkan aku terdesak dalam situasi-situasi tertentu. So, aku tanya dia ada instagram tak. Aku mintak IG dia. Then kami follow each other. Rajin jugak dia reply story aku masa tu. Bila dalam kelas pun dah berani nak ajak aku bersembang. Benda ni jadi hujung-hujung sem tau. Dah nak habis sem dah masa tu. Mungkin masa tu la kot hati aku terusik sikit. Mungkin.

Ada pernah sekali tu, aku baru masuk kelas and dia dah ada. Aku dengan kawan aku duduk belakang dia. Sebabnya memang kelas tu lecturer nak kami duduk berkumpulan. Aku pilih duduk belakang dia sebab aku sejujurnya tak berapa selesa kalau lelaki duduk belakang aku. Sementara tunggu lecturer masuk tu, aku buat la IG story. Aku record dia dari belakang guna filter IG yang ada love-love tu. Orang single kan masa tu tak ada sesiapa nak tanya atau nak halang aku. Haha. Pastu kawan aku cakap, 'eh kau ni. Kang jatuh suka aku tak tau'. Hahah kelakar je aku dengar masa tu. Masa tu aku cuma mula rasa selesa ja kawan dengan dia, tak ada pun timbul rasa suka lebih-lebih ke apa. IG story tu pun just for fun.

Hm, bila rewind balik memory lama aku, baru aku ingat something. Tadi aku cakap aku personal whatsapp dia just assignment related kan. Tapi dia rajin reply status whatsapp jugak. And sejak dari tu kami ada ja whatsapp yang bukan pasal assignment. Entah la sembang apa. Kawan aku taktau pun aku ada whatsapp dia. Just antara aku dan dia. Benda ni jadi semua dah hujung-hujung semester. Haih. Taktau la pulak aku yang mungkin masa tu aku mula suka dia. Hmm...

Dah hujung-hujung sem tu, time nak siapkan assignment group yang terakhir untuk subjek tu, kami macam dah rapat la jugak, tak banyak pun sikit tu ada la. Group kami buat video lakonan. Dia usik-usik aku pasal aku minat kpop. Aku taktau apa kaitan dia tapi memang benda tu yang dia selalu usik aku. Aku sengih sengih je la masa tu. Tak tau nak reply apa sebab aku jenis banyak cakap masa texting ja tapi depan depan bisu. Ala korang mesti faham kan orang jenis aku. Hehehe. 

Then sampai lah tarikh kami masuk kelas untuk yang terakhir kali sebelum exam, dan lepas tu cuti sem. Aku pun masa tu dah mula selesa dengan dia, sebagai kawan. Mungkin tangkap cintan sikit kot masa tu. Entah. Ada la sembang-sembang dengan dia sikit masa dalam kelas. Dia duduk belakang aku dengan kawan aku. Betul-betul belakang aku. Masa mula-mula dia masuk kelas, dia duduk kat tempat lain, lepastu dia nampak aku then terus pindah duduk belakang aku. Yelah mungkin sebab memang kena duduk satu group kan. Tapi last class dah pun, bebas dah. Group lain pun dah berterabur dah. Haha. Masa ni la yang aku rasa aku suka dia. Kisahnya, dia panggil aku. Aku pun pandang la belakang. Dia ajak aku tengok wayang. Malam tu jugak. Dia kata hari tu (Rabu kot kalau tak silap) hari tiket murah. Lepas dia ajak tu, aku macam speechless jap. Aku tak tau nak reply apa kat dia. Aku ni budak kampung tak pernah ada lelaki ajak tengok wayang ke apa dan aku ni introvert so faham faham jelah. Banyak duduk rumah, tak keluar, kurang bersosial. Lebih prefer alone time macam tu. So aku tak biasa orang (lelaki terutamanya) ajak aku macam tu. Ye pernah lah bercinta masa sekolah tapi tak pernah keluar date pun. Haha. Ala kalau korang ada parents yang strict jenis tak bagi keluar dengan kawan lelaki ni mesti korang faham. Kawan perempuan takpe, tapi lelaki tak boleh. Cuma aku masa sekolah tu nakal jugak, ada je keluar. Cakap nak keluar dengan kawan perempuan. Hahahah. Ada la dua tiga kali. Tu pun bukannya berdua, ada orang ketiga. Haha. Lepas tu dah tak buat dah. Taubat sistur, kononnya.... 

Ok sambung balik. Aku serius speechless masa tu. Aku tak jawab apa-apa. Dia pandang je aku masa tu. Tunggu jawapan la kan, obviously. Kawan aku kat sebelah melopong masa tu. Dah laga-laga bahu aku suruh aku jawab. Dia pun tak expect si member tu ajak aku tengok wayang. Haha. Lepas tu aku jawab dekat dia, nanti la aku fikir. Hahah haish. Lepas habis kelas tu kawan aku bising cakap kenapa aku tak terima. Keluar jela dengan dia, katanya. Ingat senang ke sis. Malam pulak tu. Aku tak biasa weh keluar malam. Dengan lelaki pulak tu. Wah naif betul aku masa tu. Balik bilik lepas tu dia chat ajak lagi sekali, aku reply takpe la lain kali je. Hahahahah. Malam tu aku tengok IG story dia, dia keluar tengok wayang. Tapi dengan kawan-kawan dia. Haha. Aku terfikir jugak masa tu, kalau aku ikut dia malam tu, adakah aku akan jumpa dengan kawan-kawan dia sekali? Tengok wayang sama sama? Wah! Suatu nightmare jugak la untuk seorang introvert bergaul macam tu. Uish. Tak boleh. Susah untuk aku. Aku reply story dia. Tengok movie apa tu... Dia reply tajuk movie then cakap tu la orang ajak takmau ikut. Haha. So itu la permulaan timbul rasa suka dalam diri aku pada dia.


Ok lah, aku rasa macam panjang aku meluah. Nanti aku sambung lagi cerita ni. Sebab kisah ni bagi aku, paling susah aku nak terima di antara banyak-banyak benda yang jadi pada aku. Haha.

Adios!

Comments

Popular posts from this blog

Pendekatan Sumber Manusia dan Pendekatan Hubungan Manusia. (Human Resource Approach and Human Relations Approach)

Banding da n bincangkan DUA (2) pendekatan utama dalam komunikasi organisasi; Pendekatan Sumber Manusia dan Pendekatan Hubungan Manusia. Pendekatan sumber manusia  merujuk kepada cara dan pendekatan yang digunakan oleh organisasi untuk mengurus dan mengawal aktiviti yang berkaitan dengan sumber manusia dalam organisasi agar selari dan mencapai matlamat organisasi (Faridahwati Mohd Shamsudin et al, 2006). Pendekatan sumber manusia pada asasnya menggabungkan kedua-dua pendekatan, klasik dan manusia, yang menyatakan bahawa individu mempunyai keperluan dan perasaan yang perlu dipertimbangkan dan mereka tidak boleh dilupakan dalam mencapai matlamat sesebuah organisasi. Merujuk kepada Elton Mayo (1880-1949) melalui kajiannya iaitu pendekatan Hawthorne, pendekatan hubungan manusia  pula merupakan istilah umum yang sering dipakai untuk menggambarkan cara interaksi pengurus dengan orang bawahannya secara manusiawi. Pendekatan hubungan manusia memberi tumpuan terhadap aspek sosial d...

FUNGSI KOMUNIKASI DAN KEPENTINGANNYA KEPADA MASYARAKAT

FUNGSI KOMUNIKASI DAN KEPENTINGANNYA KEPADA MASYARAKAT Komunikasi didefinisikan sebagai proses pemahaman maksud yang disampaikan oleh pengirim kepada penerima dengan tujuan kebaikan bersama. Komunikasi adalah proses dimana individu dalam hubungan, kumpulan, organisasi dan masyarakat bertindak balas dan membuat mesej untuk menyesuaikan diri dengan alam sekitar dan satu sama lain (Ruben & Steward, 1998). Komunikasi memberikan suatu informasi yang diperlukan dari setiap individu ataupun kelompok dalam mengambil suatu keputusan dengan meneruskan data untuk menilai beberapa pilihan yang akan diputuskan. Komunikasi memainkan peranan untuk mengawal tingkah laku orang atau anggota lain dengan cara yang mesti dipatuhi oleh semua pihak. Menurut Carter (1973), komunikasi adalah tingkah laku. Apabila seseorang individu berkomunikasi, individu tersebut berusaha untuk mencari maklumat yang boleh digunakan bagi mengatasi permasalahan yang dihadapinya supaya ia mempunyai satu gambaran yang l...

Teknologi Media dan Revolusi Industri 4.0

Teknologi merupakan satu konsep yang luas dan mempunyai lebih daripada satu takrifan. Takrifan yang pertama ialah pembangunan dan penggunaan alatan, mesin, bahan dan proses untuk menyelesaikan masalah manusia. Istilah teknologi selalunya berkait rapat dengan rekaan dan gadget menggunakan prinsip sains dan proses terkini. Namun, rekaan lama seperti tayar masih menunjukkan teknologi. Maksud yang kedua digunakan dalam bidang ekonomi, yang mana teknologi dilihat sebagai tahap pengetahuan semasa dalam menggabungkan sumber bagi menghasilkan produk yang dikehendaki. Oleh itu, teknologi akan berubah apabila pengetahuan teknikal kita berubah. ( Amirul Naim bin Hashim & Muhammad Shafiq bin Md Ithnan, 2015 ). Revolusi Perindustrian Keempat (Industri 4.0) melibatkan teknologi automasi memberi cabaran baharu kepada semua sektor di negara ini yang memerlukan mereka melakukan perubahan seiring dengan transformasi digital itu untuk kekal berdaya saing. Apakah punca industri berubah? Terdapat emp...