Teknologi merupakan satu konsep yang luas dan mempunyai lebih daripada satu takrifan. Takrifan yang pertama ialah pembangunan dan penggunaan alatan, mesin, bahan dan proses untuk menyelesaikan masalah manusia. Istilah teknologi selalunya berkait rapat dengan rekaan dan gadget menggunakan prinsip sains dan proses terkini. Namun, rekaan lama seperti tayar masih menunjukkan teknologi. Maksud yang kedua digunakan dalam bidang ekonomi, yang mana teknologi dilihat sebagai tahap pengetahuan semasa dalam menggabungkan sumber bagi menghasilkan produk yang dikehendaki. Oleh itu, teknologi akan berubah apabila pengetahuan teknikal kita berubah. (Amirul Naim bin Hashim & Muhammad Shafiq bin Md Ithnan, 2015). Revolusi Perindustrian Keempat (Industri 4.0) melibatkan teknologi automasi memberi cabaran baharu kepada semua sektor di negara ini yang memerlukan mereka melakukan perubahan seiring dengan transformasi digital itu untuk kekal berdaya saing.
Apakah punca industri berubah? Terdapat empat tahap perubahan industri. Revolusi Industri Pertama terjadi apabila tenaga daripada punca air dan teknologi wap telah membawa kepada industri buatan secara mekanikal. Revolusi Industri Kedua pula berlaku apabila tenaga elektrik telah membawa kepada perusahaan besar-besaran secara elektrikal. Kemunculan Industri Digital telah membawa kepada penggunaan internet. Teknologi-teknologi baru juga ditemui untuk menggantikan sumber tenaga lama yang semakin berkurangan sumbernya seperti petroleum telah mewujudkan Revolusi Industri Ketiga. Revolusi Industri Keempat berlaku apabila penggunaan data secara globalisasi, wujudnya penggunaan telefon mudah alih bertaraf ‘Super’, penciptaan robot-robot bijak, pemanduan kereta secara kendiri, Teknologi Neuro–Teknologi Otak dan pembaikan genetik. Walaupun ramai orang melihat Revolusi Industri 4.0 sebagai ancaman pekerjaan kepada manusia, tetapi hakikatnya ia menawarkan potensi terbaik dalam perkembangan teknologi berdaya maju.
Sebagai
kesimpulan, kepesatan perkembangan industri media banyak mempengaruhi Revolusi
Industri 4.0. peningkatan teknologi telah menyebabkan industri media juga
berkembang. Pemikiran audien lebih berkembang dan terbuka. Kemudahan untuk
mengakses maklumat adalah lebih luas. Perkara ini juga mengubah hidup
masyarakat. Lebih luas perkembangan industry media, lebih berkualiti sesebuah
berita yang dihasilkan. Selain itu, teknologi yang semakin pesat berkembang dan
mengakibatkan kelunturan sistem tradisional dan budaya dalam kalangan
masyarakat. Pengkembangan teknologi dalam industri media mewujudkan dunia tanpa
sempadan.
Rujukan
Amirul Naim bin Hashim & Muhammad Shafiq bin Md Ithnan, (Mac 28,
2015). Teknologi. Diakses dari https://ms.wikipedia.org/wiki/Teknologi
Sheila Rani C. (September 11, 2017). Celik Industri 4.0. Diakses dari http://www.utusan.com.my/rencana/utama/celik-industri-4-0-1.524994
Ummu Abdlillah Al-Madani (n.d.) Revolusi Perindustrian Keempat: Apakah Maksud dan Kesannya. Diakses dari
http://majalah.me/revolusi-perindustrian-keempat-apakah-maksud-dan-kesannya
Comments
Post a Comment